Monday, June 20, 2016

Popia Ayam Cheese Semakin Mendapat Sambutan


RANGUP dan sedap dimakan sekiranya dihidangkan bersama minuman sejuk atau panas. Berintikan ayam dan disaluti keju atau 'cheese' menambahkan lagi keenakan popia itu.

Cara menyediakannya ringkas dan makanan yang berasal dari seberang ini dijadikan kudapan untuk minum petang, majlis tertentu dan keraian.

Ada juga menjadikan popia cheese sebagai hadiah dan buah tangan kerana ia dijual dalam bentuk sejuk beku dan di gerai biasa.


Pekerja swasta, Norlida Shaari berkata, popia cheese adalah menu yang akan menjadi pilihan untuk dihidangkan apabila menerima tetamu.

“Ia dijadikan kudapan selain makanan berat lain. Ia menjadi kegemaran saudara-mara yang berkunjung ke rumah seperti makanan wajib,” katanya.

Norlida berkata, dia mula mengenali popia cheese sejak tahun lalu setelah diperkenalkan anak saudaranya.

“Pada mulanya saya tidak menyukainya kerana rasanya yang tidak original kerana ada cheese. Lama-kelamaan saya boleh menerimanya dan akan membelinya pada setiap minggu kerana ada penjual di Bangi, Selangor.


Katanya, kadang-kala dia membuat sendiri kerana bahan yang digunakan untuk membuat inti popia sendiri ialah lobak, ubi sengkuang, timun, kacang tumbuk dan sambal. “Namun popia cheese juga menjadi pilihan tetamu yang datang kerana ringkas dan mudah untuk disediakan. Ia hanya perlu digoreng sahaja. Harga popia cheese juga berpatutan,” katanya.

Resepi Popia Ayam Cheese

No comments:

Post a Comment