Tuesday, May 2, 2017

Kebaikan Nenas Untuk Rambut, Kulit & Badan Anda


Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keajaiban yang dapat disalurkan oleh nenas demi kesihatan rambut, kulit dan tubuh manusia, ayuh baca lagi.


Melegakan Loya
Padanlah ibu mengandung sering mengidam hendak makan nanas! Untuk pengetahuan semua nanas berupaya melegakan rasa loya dan muntah-muntah. Ibu mengandung yang berada pada tahap awal kehamilan disarankan minum segelas jus segar nanas untuk hilangkan rasa loya yang kadang-kala mengganggu keselesaan tubuh.
Rawat Masalah Cacing Dalam Perut
Nanas mengandungi enzim penghadaman yang baik, ia dapat mencuci perut serta membunuh segala parasit yang hidup di dalam tubuh manusia seperti cacing kerawit yang membiak dalam usus manusia.
Penawar Darah Tinggi
Terbaik! Kandungan potasium yang tinggi serta kandungan rendah sodium di dalam nanas dapat mengekalkan kadar tekanan darah pada keadaan stabil. Bagi penghidap darah tinggi, sila jadikan nanas sebagai hidangan sampingan harian.
Bina Ketahanan Badan
Vitamin C dan antioksidan yang hadir dalam nanas dapat menguatkan daya imunisasi tubuh manusia. Untuk dapatkan kecergasan serta kesihatan berganda, sila amalkan memakan nanas! Tiada lagi deman dan selesema :)
Lindung Kesihatan Jantung
Jika mahu jantung berdenyut lancar, kamu perlu tahu bahawa antioksidan yang terkandung dalam nanas bisa merendahkan kadar kolesterol seterusnya memelihara kesihatan jantung.
Sumber Untuk Elak Kanser
Kanser boleh membawa maut malah tiada penawar tegar yang dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Oleh itu, jadikan nanas sebagai makanan harian kerana kandungan antioksidannya yang tinggi berfungsi untuk membasmi radikal bebas. Ia juga bantu mengukuhkan sel tubuh akan dapat melindung tubuh dari terkena pelbagai serangan kanser.
Pulihkan Resdung, Gout, Sakit Tekak & Bengkak
Kata pakar, nanas sangat efektif untuk menjadi penawar sakit tekak, gout, bengkak-bengkak pada tubuh serta menghindar diri dari terkena resdung!
Menguatkan Tulang
Percaya atau tidak, nanas berkesan untuk individu yang dijangkiti artritis atau penyakit radang sendi. Ia bantu menguatkan tulang kerana mengandungi seleksi mineral baik serta manganese untuk memulih penyambung tidu tulang rapuh.
 Baiki Penglihatan
Macular Degeneration adalah situasi di mana, mereka yang sudah berumur akan kehilangan kejelasan penglihatan dari masa ke masa, Oleh itu, amal makan buah nanas untuk meningkatkan penglihatan yang semakin kabur dan lemah itu.
Tingkat Kesihatan Gusi
Benar, dengan hanya memakan buah nanas, gusi kamu akan jadi cantik seterusnya menjadikan gigi kuat malah lebih sihat. Boleh senyum lebar-lebar!
Jauhkan Diri Dari Selesema
Tak siapa pun suka selesema kerana ia menyusahkan malah mengganggu pekerjaan harian. Jika tak gemar makan ubat yang buat anda jadi ngantuk, makan atau minum jus nanas kerana ia kaya dengan vitamin C dan bromelain iaitu sumber yang dapat membanteras virus selesema. 
Lebatkan Rambut
Vitamin C dalam nanas dapat pelihara rambut dari gugur dan segala macam enzim baik yang terkandung dalam isi buah berwarna kuning sebenarnya berhasil untuk memperkuat folikal (akar umbi) rambut seterusnya melebatkan rambut itu sendiri.
Pulih Masalah Gatal Kulit Kepala
Tertekannya bila kulit kepala gatal dan bersisik kerana kelemumur! Amal makan nanas setiap hari untuk legakan kegatalan kulit kepala serta mengelak dari keguguran rambut! Enzim antioksidan memang baik untuk menghentikan radang.
Ubat Bibir Kering
Gosok je potongan buah nanas di permukaan bibir yang kering, Mungkin sedikit pedih namun ia dapat memulihkan kekeringan bibir. Nanas adalah sumber lembapan semula jadi!
Lembutkan & Kuatkan Kuku
Kekurangan vitamin A dan B dalam tubuh boleh buat kuku rapuh dan kering. Oleh itu campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 sudu makan jus nanas, 1 camca teh jus lemon dan dua titis minyak lemon sebelum menyapu pes tersebut pada kuku dan celah-celahnya. Biar kering selama 15 minit sebelum mencuci.
 Cerahkan Kulit
Geram dan tertekannya bila kulit kepala sering terasa gatal dan bersisik kerana kelemumur. Sangat tak selesa! 
Amalkan makan nanas untuk melegakan gatal dari radang kulit kepala kerana ia mengandungi enzim antioksidan terbaik sebagai ejen penyembuh utama.
 Buat Kulit Wajah Nampak Muda
Kalau makan nanas tiga kali seminggu, kata pakar kamu bakal mendapat kulit muda remaja kerana buah ini akan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Lebih banyak kolagen terhasil, lebih tegang dan mulus kulit wajah kamu!
Jika tidak suka makan nanas, boleh perah jusnya untuk proses cucian wajah. Sapu jus nanas di seluruh wajah dan biarkannya selama 10 minit sebelum membilas.
 Selesaikan Dilema Kulit Berjerawat
Tau tak jus dari buah nanas ni boleh hilangkan jerawat degil? Dengan adanya vitamin C, ia baik untuk kulit dan mengurangkan radang kemerahan, gatal-gatal dan bengkak disebabkan jerawat. Mungkin kamu boleh cuba buat mask menggunakan nanas!
Sekarang kamu sudah tahu kebaikannya kan… Apa tunggu lagi?

No comments:

Post a Comment