Dia menceritakan pengalamannya mengenali seorang jejaka melalui laman sosial Facebook dahulu semasa dia masih berbadan besar. Ketika mereka berjumpa, lelaki itu datang bersama rakan-rakannya serta mentertawakannya setelah melihat bentuk fizikalnya yang agak gempal.
Malah, lelaki itu dengan sengaja menghantar mesej kepadanya dan menggelarnya badak.
Namun, kini Nik Yam kelihatan begitu cantik dan langsing setelah mengamalkan diet yang berterusan. Selain itu, Nik Yam turut berkongsi menu diet serta resepi kepada sesiapa yang ingin mengikuti dietnya itu. Dia memberi menu diet selama seminggu yang boleh diikuti oleh semua orang yang berazam ingin kurus secara sihat. Menu yang dikongsi amat mudah untuk diikuti serta bahan-bahan untuk menyediakan juga senang didapati di pasaraya berdekatan rumah.
Anda boleh lihat Menu Diet Minggu Pertama untuk maklumat lanjut mengenai menu, tips dan resepi makanan sihat diamalkan oleh Nik Yam. Hasil setelah mengikuti diet-diet tersebut, kini dia telah berjaya mendapatkan bentuk badan ideal. Lihat sahaja gambar-gambar terbarunya yang akan membuatkan anda terkejut.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Musim raya pun sudah lama berlalu jadi ini masa yang sesuai untuk kembali mengamalkan gaya hidup sihat demi untuk menyingkirkan lemak-lemak hasil dari makan rendang, lemang, ketupat dan sebagainya.
Ada hikmah diejek rupanya.. jadi, kena sentiasa pandang positif :)
ReplyDeletefuhhhh..tu dia,membakar semangat ni...
ReplyDelete