Thursday, June 1, 2017

Jual Air Kathira Abu Bakar Cecah RM10,000 Sehari



Jenama Air Kathira Abu Bakar sememangnya sudah dikenali dengan rasanya yang sedap dan dicari oleh peminatnya kerana kualiti dan rasa yang asli dengan mengandungi pelbagai herba seperti kurma, kismis, buah kabung, kembang semangkuk dan juga biji selasih.


Menurut pengurus perniagaan Air Kathira Abu Bakar, Radiah Abu Bakar, memberitahu apabila menjelang Ramadan, air kathira yang dijual mampu melebihi 2,000 bungkus sehari dengan nilai sebanyak RM10,000.
Sejak tahun 1981 lagi keluarganya akan mencari rezeki tambahan selain meraikan keberkatan bulan yang penuh mulia ini.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila pelanggan bukan sahaja datang dari Johor dan Singapura bahkan turut datang dari Melaka, Kuala Lumpur sehinggakan mempunyai lebih 50 cawangan serata Malaysia.
Menurut laporan BH Plus, setiap hari sebanyak 2,000 bungkus air kathira akan diedarkan sama ada terus kepada pelanggan atau diletakkan di bazar Ramadan dan dijual diantara RM4 sebungkus dan RM13 Sebungkus.

No comments:

Post a Comment