Tuesday, May 30, 2017
Nama Roti Titab Kini Dipatenkan
Kelantan pastinya terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang menarik dan menyelerakan sehinggakan ada yang sentiasa terkenangkan setiap makanan yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Roti yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan dilhamkan oleh pemiliknya sejak 2010 itu sememangnya menjadi bualan ramai sehingga ke luar negara.
Bertujuan ingin menjaga kualiti roti titap dan nama baik Kopitiam Kita, pemiliknya NH Wong mengambil keputusan untuk mempatenkan menu roti itu sejak setahun yang lalu.
“Dalam minggu ini kami dijangka terima sijilnya. Jadi kita tak mahu lagi ada pihak yang sewenang-wenangnya guna nama Kopitiam Kita dan juga Roti Titab,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.
Beliau berkata, jika masih ada yang berdegil mempergunakan nama Roti Titab pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sebagai pengajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment