Sunday, May 21, 2017

Kopi Kiub Ais Mampu Selesai Masalah Starbucks Terlebih Ais

Baru - baru ini Starbucks kecoh ingin disaman kerana terlebih ais. Sebagai penyelesaian masalah ini, Starbucks memperkenal ais kiub kopi.
Ais kiub ini mengekalkan rasa kopi walaupun ais telah cair kerana air kopi yang dibrew dibekukan sebagai ais.
Sebanyak 100 cawangan Starbucks di Amerika telah menggunakan kaedah ini dan menerima respon yang baik daripada para pelanggan.
Seorang pelanggan di sana mengatakan cara seperti ini membuatkan air kopi yang dipesan mereka lebih terasa sedap.
Sebenarnya kaedah ini pernah viral sebagai life hack dan anda boleh mencubanya sendiri di rumah dengan menggunakan pelbagai air yang lain.

No comments:

Post a Comment