Thursday, August 25, 2016

Xiaomi Redmi Note 4 Dilancarkan


Xiaomi Redmi Note 4 akan mula ditawarkan di pasaran China pada 26 Ogos ini namun tiada sebarang maklumat akan bila ianya akan ditawarkan di Malaysia.
Xiaomi Redmi Note 4 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu gelap dengan harga penjualan RMB 899 (anggaran RM543) bagi versi 16GB dan RMB 1199 (anggaran  RM 724) bagi versi 64GB.

Telefon ini juga memiliki pemproses Deca-Core MediaTek Helio X20 berkelajuan 2.1GHz, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 2GB/16GB dan 3GB/64GB, Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 13-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF sementara kamera hadapan pula ialah 5 Megapixel f/2.0. Kamera utama mampu merakam video pada resolusi 1080P 30 FPS. Bateri sebesar 4100 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas (5V/2A) melalui port MikroUSB

No comments:

Post a Comment