Sunday, June 19, 2016

Selangor Umum Bonus Aidilfitri 1.5 Bulan Gaji

Shah Alam, 20 Jun 2016 - Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Aidilftri sebanyak 1 setengah bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai 2016 kepada 17,528 orang penjawat awam Negeri Selangor.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali dalam Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.


Ditambah dengan tiga berita baik untuk Anggota Perkhidmatan Awam Selangor

Selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini mengumumkan 3 berita baik berikut dalam Rapat Ramadan kakitangan awam di SUK:


1. Bonus Hari Raya sebanyak 1.5 bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai.

2. Kenaikan gaji sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan kenaikan pertama pada Julai ini.

3. Kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

1 comment:

  1. How to register online with the Borgata | DWNJ
    If you're 남양주 출장샵 visiting New 영천 출장마사지 Jersey, you might be familiar with the Borgata Hotel 제천 출장안마 Casino & Spa. It opened its doors 보령 출장마사지 on New Jersey's Boardwalk in 파주 출장안마 2001

    ReplyDelete