Friday, December 26, 2014

Bagaimana Holland Menggunakan Teknologi Menghadapi Banjir Besar


Melihat rakan facebook mengongsikan kisah 'teknologi menghadapi banjir' dari negara luar menggerakkan hati ini untuk baca lebih lanjut kisah tersebut.

Antara artikel yang menarik perhatian adalah pendekatan kerajaan Holland dalam menangani banjir. Rupanya, negara Holland adalah negara yang berada di bawah paras laut dan amat mudah menerima ancaman (susceptible) banjir jika aras air laut meningkat.

Selepas berlaku banjir yang amat buruk pada tahun 1953 (yang mengorbankan lebih 2000 nyawa), kerajaan Holland telah mengambil langkah serius untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku lagi.

Mereka ada 'water management system' yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Di peringkat awal, mereka mebina 'dikes' yang merupakan kawasan tanah yang ditinggikan di sepanjang kawasan sungai. Jika air sungai meningkat, ia tidak akan membanjiri kawasan penempatan penduduk.

Tapi, 'dikes' ini ada risiko gagal untuk berfungsi (contohnya boleh runtuh/pecah), dan boleh menyebabkan banjir yang teruk di kawasan penempatan penduduk.

Terkini, kerajaan Holland memperkemaskan lagi 'water management system' mereka dengan projek yang dinamakan 'Room for the River'.

Sebuah projek yang mahal bernilai €2.3 billion.

Secara literalnya, projek ini bertujuan berikut: 'to allow the river to flood safely' yakni 'mengalu-alukan' kedatangan air bah tetapi dengan 'design' yang selamat untuk penduduk.

Di sini ada sebuah video yang dapat memberi sedikit-sebanyak gambaran mengenai projek ini:

http://youtu.be/slmkG93SH3Q

Rujukan (antara yang mudah difahami):

[1] https://therivermanagementblog.wordpress.com/2014/02/12/room-for-the-river-dutch-flood-control/

[2] http://www.ruimtevoorderivier.nl/english/room-for-the-river-programme/

[3] http://www.dutchwatersector.com/news-events/news/3384-room-for-the-river-first-dairy-farmer-moves-to-new-farm-on-6-m-high-mound-in-overdiepse-polder.html

p.s. kalau ada perkataan atau 'term' yang sukar difahami tu, Google saja, saya pun banyak meng-Google sebab tak faham 'term' macam 'dike', 'polder', 'levee', etc 

p.p.s. saya bukan cuba untuk menyimpulkam pendekatan Holland sesuai atau tidak untuk negara kita tapi kalau kerajaan betul-betul serius, pasti akan berjumpa penyelesaian jangka panjang bagi masalah banjir ini

[Gambar: ilustrasi yang boleh membantu dalam memahami sistem menghadapi banjir ini. Ihsan Google daripada sebuah artikel tentang sistem menghadapi banjir di Jepun]


via Syafiqah Sulaiman

No comments:

Post a Comment