Friday, December 5, 2014

Air DETOX Sangat Bahaya?


Infused water BERACUN?
*************************

Perasan tak kebelakangan ini ramai rakan facebook anda kongsikan mengenai infused water atau detox water yang dipercayai boleh menurunkan berat badan dan lain-lain khasiat?


"Infusion" sebenarnya adalah proses mengekstrak sebatian kimia atau perisa dari bahan tumbuhan dalam pelarut seperti air, minyak atau alkohol, dengan membenarkan bahan untuk kekal terapung di dalam pelarut. Dan menurut kajian, tubuh badan manusia lebih mudah absorb apa-apa yang berbentuk cecair. Oleh sebab itu ramai pakar kesihatan mengesyorkan infused water untuk tujuan detox.

Tahukah anda buah-buahan, sayuran atau herba yang terdapat di pasaraya mengandungi racun serangga yang amat tinggi contoh seperti pesticide dll.. untuk mengekalkan ke'cantik'kan barang-barang tersebut bagi menarik pelanggan untuk membeli. 

Ini amat BERBAHAYA jika anda gunakan untuk infused water kerana anda akan menyedut/mengekstrak racun-racun yang terdapat didalamnya, lalu minum. Untuk mengelakkan ini berlaku, admin sarankan gunakan sumber-sumber organik atau jika sukar utuk mendapatkan sumber organik, anda masih boleh gunakan buah-buahan biasa. Sebelum dijadikan infused water, basuh buah-buahan, sayuran atau herba anda menggunakan soda bikarbonat (sebaik-baiknya aluminium free). Anda juga boleh menggunakan cuka.

Kesimpulannya, berhati-hati dalam pemilihan bahan-bahan membuat infused water. Terutamanya strawberry (untuk mendapatkan buah yang cantik mungkin racun yang digunakan juga tinggi). Jangan terlepas pandang perkara yang sangat penting ini.

Share jika bermanfaat 

Selamat beramal!

Tetapi ada beberapa komen dari penggun FB
Terima kasih lah admin, tolong mengingatkan kami semua. Tapi jangan lah melampau sangat sampai kata racun yg sangat tinggi bagai. Klu di Malaysia negara yg bertuah nie, penggunaan racun serangga tue dapat di nyahkan dgn kehadiran hujan sepanjang tahun. Penggunaan racun pun terkawal, bukan main suka hati guna. Kesian pulak dekat para petani yg berpeluh bercucuk tanam. Hangpa main bedal jer buat fitnah. Klu xpercaya, 1) Cuba korang amik sayur tue letak kat ruang tamu rumah. Dalam tempoh 4hari sayur tue buruk tak? Klu buah plak, pun sama jugak cuma llambat sikit, mungkin seminggu. Exccept for buah yg jenis berkulit tebal dan yg berkulit licin seperti berlilin. 2) klu racun byk sgt, dh ramai mati keracunan lah....

Kamon lah guys, sedih aku tgk rakyat Malaysia nie. Klu nk nyah racun tue pun senang jer, rendam jer air garam macam Cik Akmaa ckp tue. Ini sampai buat tajuk macam nk pedajal org wat infused water plak...aiyyyoooo.....



No comments:

Post a Comment