Jom intai pekerjaan para artis tanah air sebelum mereka bergelar artis.
Nora Danish
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri 'Puteri' ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon. Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.
Datuk Yusof Haslam
Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.
Aaron Aziz
Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni.
Aktor kelahirah Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.
"Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta. Duit belanja yang ditinggalkan untuk isteri dan anak juga tidak seberapa. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada mata wang Singapura, jadi sedikit," luah pelakon 'Ombak Rindu' ini.
Remy Ishak
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya.
Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.
Nabil Ahmad
Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan.
Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.
Dato' Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu. Penyanyi lagu 'Cindai' ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun.
Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.
Adibar Noor
Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995.
Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.
No comments:
Post a Comment