Sunday, June 12, 2016

Honda RS150R 2016 dilancarkan di Malaysia Harga Bermula RM8213, 5 Gambar


Boon Siew Honda akhirnya membawa masuk model RS150R ke pasaran tempatan. Model ini dilengkapi dengan enjin DOHC 150cc satu silinder bersama transmisi enam kelajuan. Enjin berkenaan mampu menawarkan kuasa15. 6PS @ 9, 000rpm dan tork 13. 5Nm @ 6, 500rpm. Harga jualan bermula dari RM8213. 94 sehingga RM8372.94 (termasuk GST).

Dua varian ditawarkan dengan pilihan warna merah, repsol, biru matte dan hitam matte. Honda RS150R terbaharu ini pasti akan diterima dengan baik oleh peminat motosikal tempatan di negara kita.

Honda RS150R mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model Honda Winner 150 di Vietnam atau Honda Supra GTR 150 di Indonesia cuma kali ini terdapat lampu isyarat terpisah pada bahagian belakang. Moped berkuasa 150cc ini datang dengan konfigurasi DOHC beserta suntikan bahanapi teknologi PGM-FI yang cukup sinonim dengan Honda. Jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR yang hadir dengan 5 gear kelajuan, Honda RS150R pula hadir dengan 6 gear kelajuan yang sangat digemari untuk penunggang yang menginginkan kawalan kuasa secara optimum samada ingin lebih pikap atau lebih lajak.

Tayar hadapan dan belakang juga menerima ciri-ciri yang luar dari kebiasaan Honda dengan kali ini Honda memilih untuk menggunakan tayar yang sangat lebar. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 46P . Ini adalah lebih lebar dan besar berbanding dengan Y15ZR pada 70/90-17 . Tayar belakang pula pada ukuran 120/70-17 58P (sama seperti Y15ZR).








Spesifikasi Honda RS150R (2016)

P x L x T: 2.025 x 725 x 1.102 mm
Jarak roda: 1.284 mm
Jarak terendah: 150 mm
Tinggi tempat duduk: 780 mm
Berat kosong: 119 kg
Kapasitas tangki petrol: 4.5 liter
Jenis mesin: 4 lejang DOHC 4 injap
Bore x stroke: 57.3 x 57.8 mm
Kapasitas mesin: 149,16 cc
Penyejukan: cecair dengan kipas auto
Sistem pengapian: PGM-FI
Nisbah mampatan: 11.3:1
Tenaga maksimum: 15.6PS (11,5 kW)/9.000 rpm
Daya kilas maksimum: 13.5 Nm/6.500 rpm
Transmisi: manual 6 kelajuan
Pola: 1-N-2-3-4-5-6
Starter: electric & kick starter
Sistem klac: wet multiple with coil spring
Sistem pelinciran: basah
Kapasiti miyak enjin: 1.1 liter
Rangka: twin tube steel
Ukuran tayar depan: 90/80-17 46P (Tubeless) Rim 1.85×17
Ukuran tayar belakang: 120/70-17 58P (Tubeless) Rim 3.50×17
Brek depan: hidraulic disc
Brek belakang: hidraulic disc
Suspensi depan: teleskopik
Suspensi belakang: monosok
Sistem pengapian: full transistor
Aki: MF 12 V-5,0 Ah
Tipe busi: NGK MR9C-9N atau ND U27EPR-N9

Kredit: Sinar Turbo

1 comment:

  1. Laa, kenapa lambat sangat keluar? dah 6 bulan pakai Y15zr, takkan nak tolak ambik ni pulak, rugi-rugi, tapi kalau motor ni power, aku tak kira, aku tolak Y15 ni balik!

    ReplyDelete